Cuti Bajet Pulau Mabul 
Pulau Mabul 
Bawa Baby bercuti?, boleh jer ramai yg sudah bawa. 
Penyu macam ayam ! 

DCIM100MEDIADJI_0583.JPG

Pulau Mabul terletak 1 jam perjalanan dari pekan Semporna menaiki bot laju. Pulau Mabul disenaraikan no2 batu karang dan hidupan laut yang pelbagai dan terkenal di serata dunia selepas pulau Sipadan yang terletak 20 minit dari pulau Mabul. Tiada penginapan di pulau Sipadan dan untuk apa jua aktiviti di pulau Sipadan tetamu akan menginap di pulau Mabul. Terdapat 10 buah resort mewah bernilai rm450-rm3000 seorang satu malam, namun terdapat juga 10 buah chalet budget berharga rm150-400 seorang satu malam. Kebiasaannya harga ini termasuk b/fast, lunch, dinner. Scuba Jeff chalet di pulau Mabul salah sebuah chalet terbajet di pulau Mabul dan dimiliki oleh En. Zaidi dari Sembilan yang telah menetap di Sabah sejak 1995. Sebagai seorang bekas anggota Polis beliau menyediakan makanan sepenuhnya HALAL dan juga sebuah SURAU bagi memudahkan tetamu menunaikan solat. Tidak dilupa sebagai sebuah pusat percutian beliau juga menyediakan reggae cafe utk anak muda berhibur ( No Sale Alcohol ) diwaktu malam menikmati muzik ringan dan makanan2 di sana selain makanan didalam pakej yg dihidangkan. Kedudukan mengadap matahari terbenam memberikan ketenangan yang di perlukan oleh tetamu yang bercuti. 

Bagaimana utk datang?
Emailkan tempahan ke scubajeffsipadan@gmail.com atau wassap ke 0195855125 dan kami akan aturkan penerangan dan info yang diperlukan. Basicnya tetamu akan membeli tiket penerbangan awal ke TAWAU untuk mendapatkan harga murah dan Tawau adalah airport terdekat dengan Semporna memakan masa 1 jam perjalanan dengan mini van atau kereta yang kami sediakan. Tetamu akan dibawa ke Good Vibes Cafe berhadapan WATSON di pekan Semporna utk makan tengahari dan berehat sebelum menaiki bot ke pulau Mabul. Kini Scuba Jeff menyediakan promo harga lebih bajet dan deposit hanya rm50 setiap orang memudahkan tetamu bercuti di Mabul dengan harga bajet. PERLU KE AIR-COND?, kedudukan penginapan di atas air mengadap dengan tingkap luas dan mengadap matahari terbenam memberikan selesa bayu laut. tahukah anda penginapan Aircond tidak hidupkan elektrik secara 24jam tapi kenapa?. Tiada bekalan elektrik di Mabul dan semua kompeni menggunakan generator masing2 dan kebiasaannya siang waktu tetamu dengan aktiviti laut elektrik di matikan mengelak pembaziran. Elektrik di hidupkan ketika tetamu berada dipenginapan sahaja kebiasaannya. 

Jauh ke nak naik bot utk aktiviti laut?.

Kedudukan di atas air memudahkan tetamu dimana bot datang didepan penginapan hanya jarak 10 meter dari meja makan tetamu. Selain snorkeling, cuti-cuti Scuba Jeff juga menyediakan Scuba Diving, PADI diving course dan juga island hopping ke semua pulau di daerah Semporna, sudah pasti Bohey Dulang menjadi pilihan utk add lawatan ketika percutian anda di sini. Kebiasaanya tetamu akan mengambil flight pulang lewat petang 6pm atau 9pm agar mereka boleh menggunakan hari terakhir utk melawat pulau2 lain di Semporna. Untuk kepulau2 selain Mabul dan Kapalai diwajibkan dari pekan semporna dimana manifesto akan di keluarkan oleh Taman-Taman Sabah agar mengikut laluan yg betul dan selamat. Tidak digalakkan daytrip dari pulau Mabul kerana laluan itu kurang selamat dari segi ombak dan sebagainya dan amat jauh berbanding dari pekan Semporna. 

Bagaimana nak tahu halal ke tidak makanan dan selamat ke guna boking dot com dan sebagainya itu kerana kita tidak tahu empunya dan corak sesebuah tempat itu selain hanya gambar bilik sahaja. Pada pendapat saya adalah lebih baik google / FB dan segala media semasa kompeni dahulu dan lihat jenis2 pelanggan yg ada ditempat tersebut dahulu kerana 2016-2020 kebanyakan pelabur china menggunakan nama tempatan dan membawa masuk pelancong China ke tempat segelitir mereka dan masaalah bawa ” makanan tidak halal” berbentuk serunding dan sebagainya adalah normal kerana 99.9% tetamu mereka adalah pelancong China. Kompeni-kompeni ini juga melarang membawa makanan tidak halal tetapi sikap pelcong China yang kita ketahui degil tidak mendengar cakap menyukarkan kompeni2 menjaga dan mengawal mereka bawa sorok-sorok makanan tidak halal ini menyebabkan pinggan mangkuk tidak tahu suci atau tidak. Dari rekod gambar-gambar lama pelanggan kami dan mereka anda sudah dapat tahu ianya sesuai utk makan dan tinggal tanpa was-was atau tidak. Berikutan kejadian ini di Scuba Jeff Mabul pada 2018 maka kami telah menutup kemasukan pelancong China ke tempat ini dan hanya fokus kepada pelancong Malaysia sahaja dan sebahagian kecil pelancong eropah.

Kenapa tidak sesuai day trip ke pulau lain ketika berada di Mabul? Pulau Mabul sudah terkenal dengan keindahan dasar lautnya kedua terbaik selepas Sipadan dimata dunia. Terdapat 13 dive site/ snorkeling site di Mabul yang membuatkan tetamu menambah aktiviti snorkeling dalam pakej sedia ada setiap hari. Jarak Mabul ke pulau2 lain adalah jauh dan ini lah yg memberikan Mabul coral dan ikan yang sihat dan pelbagai. Lebih jauh jarak sesebuah pulau dengan tanah besar Semporna lebihlah coral dan hidupan lautnya.Jika berminat ke banyak pulau adalah dis arankan duduk di hotel semporna dan hanya jalankan aktiviti harian secara Day trip/ island hopping sahaja dimana jam 8am keluar dan jam 4 pm pulang. Malamnya menikmati keindahanan pekan dan kehidupan masyarakat Semporna.

Bagaimana corak perjalanan hingga sampai di pulau Mabul dan flight bagaimana sesuai di ambil?. Flight jam 7am/10am adalah sesuai utk terbang ke airport tawau dan memakan masa penerbangan 2 jam 45 minit sahaja. Jika flight jam 7am anda akan sampai di airport tawau jam lebih kurang 11am dan pemandu menunggu anda di pintu keluar membawa anda ke Semporna yg memakan masa 1 jam. Sesampai di semporna jam 12 tengahari anda singgah makan tengahari di Good Vibes Cafe makan, rehat, urusan pembayaran sebelum menaiki bot 1 jam perjalanan dari jeti yg jaraknya 3 minit berjalan kaki sahaja. Tetamu akan sampai di pulau jam 1 dan paling lewat jam 3 jika tetamu menggunakan masa membeli barang keperluan di pekan sebelum masuk pulau. Sesampai di pulau tetamu sudah boleh mandi manda kerana penginapan di atas air. Tukar baju dan  gedebusss ! 🙂 .Check out dan bergerak keluar ke pulau harus berpandukan pasang surut dan kedaan cuaca laut dimana kebiasaannya jam 11am adalah waktu terbaik, tapi kenapa jam 11am terbaik?. Perjalanan keluar juga memakan masa sama seperti datang dan jika keluar jam 11am maka anda akan sampai di airport jam 4 pm utk penerbangan jam 6pm nanti. Kebiasaannya masalah berlaku pada tetamu yg mengambil tiket pulang terlalu awal seperti flight jam 10am dan 3pm menyebabkan mereka terpaksa duduk sehari di hotel semporna untuk penerbangan esok harinya. sebelum membeli tiket murah pada waktu2 tersebut lebih baik fikirkan kos2 tambahan apabila duduk dipekan semporna nanti.Ambillah tiket pulang atas jam 6pm. 


Scuba Jeff mabul terkenal dengan pelancong Local sabah / sarawak / Brunei dan semenanjung
sejak 2009. Surau disediakan.

Penginapan Bajet Pulau Mabul

2Days 1Night Budget Water Chalet
2-4 orang Rm540 seorang
5-7 orang Rm440 seorang
8-12 orang Rm340 seorang

3Days 2 Night Budget Water Chalet
2-4 orang Rm690 seorang
5-7 orang Rm590 seorang
8-12 orang Rm490 seorang

4Days 3Night Budget Water Chalet
2-4 orang Rm840 seorang
5-7 orang Rm740 seorang
8-12 orang Rm640 seorang

Pakej termasuk:
Penginapan Kipas , Bot pulang Balik Mabul-semporna , Surau, Sarapan, makan tengahari, makan malam, 2x Snorkeling dengan bot ke lokasi terbaik, Mask / Snorkel, snorkeling guide,Melawat kg Bajau Laut/ Suluk, Barbecue atau Grill,

Pengginapan bajet amat popular dikalangan pelancong kerana kedudukam di atas air membolehkan keluarga mandi manda bersama anak2 walau dimalam hari. Malahan penginaoan bajet memudahkan anda melakukan aktiviti harian tanpa berjalan di pantai menaiki bot kerana bot datang mengambil untuk setiap kali aktiviti laut.

                                                          Penginapan Bajet water chalet


————————————————————————–

Beach Resort Air condition

2Days 1Night Budget Water Chalet
2-4 orang Rm640 seorang
5-7 orang Rm540 seorang
8-12 orang Rm440 seorang

3Days 2 Night Budget Water Chalet
2-4 orang Rm890 seorang
5-7 orang Rm790 seorang
8-12 orang Rm690 seorang

4Days 3Night Budget Water Chalet
2-4 orang Rm1140 seorang
5-7 orang Rm1040 seorang
8-12 orang Rm940 seorang

Pakej termasuk:
Penginapan Air Condition , Bot pulang Balik Mabul-semporna , Surau, Sarapan, makan tengahari, makan malam, 2x Snorkeling dengan bot ke lokasi terbaik, Mask / Snorkel, snorkeling guide,Melawat kg Bajau Laut/ Suluk, Barbecue atau Grill,

Discovery Scuba Diving atau DSD adalah aktiviti diving untuk santai keluarga dan rakan2 yg tiada lesen menyelam tetapi tidak termasuk dalam harga snorkeling pakej di atas. Kelas basic akan diberi dan dijaga sebaiknya oleh Divemaster dan Dive Instructor. Kini tiada lesen pun boleh menyelam dan bila lagi nak ambil gambar Insta/ Fb didalam laut? 😉 Kami ambilkan gambar percuma !!!.

Discovery Scuba Diving 

Keindahan dasar laut Mabul yg dikenali Sister of Sipadan
Keindahan dasar laut pulau mabul yg dkenali sister of sipadan II 
Pulau Mabul
Pagi kampung Pulau Mabul

 

Apa perkhimatan lain yang ada di Scuba Jeff ? Scuba Jeff juga memiliki dive center di tanah Semporna menyediakan perkhimatan daytrip/ island hopping utk keserata pulau di daerah Semporna seperti Bohey Dulang, Sibuan, Mantabuan, Tatagan, Timba2, Mataking, Timbun Mata dan sebagainya. Namun utk ke pulau-pulau ini anda harus duduk di homestay kami di Semporna tidak boleh dari pulau Mabul. Jarak dan risiko kawasan berombak utk dilalui dari pulau Mabul ke lokasi pulau2 ini adalah amat jauh dan kurang selamat berbanding jalan yang diguna melalui pekan Semporna. Kami menyediakan penginapan homestay dengan harga bajet di Semporna. Bagaimana corak daytrip jika duduk di pekan semporna? -Homestay hanya jarak 3 km dari jeti Umum semporna dimana kenderaan disediakan atau anda boleh menggunakan pekhidmatan GRAB sahaja. Jam 7am setelah sarapan anda akan dibawa ke jeti untuk melawat 3 buah pulau dalam sehari dan anda boleh mandi manda , snorkeling atau scuba diving manakala jam 4pm anda akan selesai dan kembali berada di tanah besar Semporna. Ketika di tanah besar kami juga menyediakan perkhimatan melawat tempat2 menarik, hiking, memancing dan sebagainya. 

Kepada kaki2 pancing kami menyediakan pekhidmatan memancing TUNA dan lokasi memancing laut sekitar pulau2 di Semporna dan anda boleh duduk di Mabul juga utk aktiviti2 ini.

Kalau tak Mahu pakej boleh ke? –  BOLEH, Untuk bilik / Makan rm150 seorang manakala bot utk pulang balik tanah besar Semporna/ Pulau Mabul rm80-rm120 seorang sehala mengikut jenis bot yang ditumpang pada hari tersebut. Untuk memajak sebuah bot laju berharga rm350-800 sehala sebuah dan kerana kos bot ini anda digalakkan datang secara kumpulan. Untuk bercuti di pulau Mabul tidak seperti Tioman dimana da perkhidmatan ferry. Tiada perkhidmatan ferry di daerah semporna dan hanya bot laju muatan 6-16 orang sahaja. Di sini anda faham dengan datang secara berkumpulan anda dapat lebih penjimatan kos percutian anda, 

Apa istimewanya menggunakan perkhidmatan Scuba Jeff?- 

  • Harga kini adalah promo jimat 2021
  • Muslim owner /Halal
  • Owner asal Semenanjung memahami adat pelancong Malaysia.
  • Masakan Negeri Sembilan / Local Semporna
  • Promo bawa min 9 orang anda percuma full pakej cuti2
  • Promo bawa 4 org diver anada percuma diving mabul
  • Menyediakan perkhimatan pelbagai
  • establised 2009
  • Terkenal sebagai lokasi pilihan pelancong Semenanjung,Brunei, Sabah dan Sarawak sejak 2009.


Video Tetamu di Mabul
Video Tetamu di Mabul
Video Percutian anak kecil / Keluarga
Video Percutian bersama baby 

Office (Pekan Semporna /Depan WATSON
Scuba Jeff Sipadan Sdn Bhd
1st Floor, Lot 18, Block C
Semporna Seafront New Township
91308 Semporna Sabah Malaysia

Contact
Email : scubajeffsipadan@gmail.com
Email: cutibajetpulausemporna@gmail.com

Hotline :  +60195855125 Wassap/call
Office : 089-781566 (Monday – Saturday 8am – 6pm )
FB PAGE : scuba jeff mabul
FB PAGE : Cuti pulau pulau semporna
FB PAGE : Cuti Pulau Mabul
Insta : scubajeff_mabul
youtube: Scuba Jeff

Update INFO SOP/ TRAVEL


  • Untuk pelancong Local sabahan /Sarawak anda disediakan harga istimewa Borneo
  • Berikutan pemecahan zon kini pelancong dari Kuala Lumpur hanya perlu mengambil flight ke Tawau sahaja dan kenderaan akan mengambil anda untuk dibawa ke office Semporna. Zon Tawau dan Semporna adalah sama tiada sekatan daerah perjalanan. Perkhidmatan Mini Van atau kereta atas permintaan pelanggan.
  • Lebih menjimatkan masa dan merehatkan pelanggan office Scuba Jeff terletak di Good Vibes Cafe (milik scuba Jeff )  berhadapan WATSON di kawasan Hypermarket Bataras dikawasan pelancongan utama Semporna. Kawasan ini 2 minit dari jeti umum dikelilingi oleh Hotel dan kedai2 keperluan. 10% diskaun disediakan utk semua pelancong yang membawa resit bayaran mereka dari mana2 kompeni pelancongan di Semporna.
  • Bagaimana nak tahu jika kawasan hotel anda tinggal jarak jalan kaki ke area kedai makan, area kedai keperluan dan paling penting jeti?. Alamat kawasan ini adalah New Township Semporna. Banyak terjadi hanya gara2 iklan hotel murah menyebabkan anda terpaksa tinggal agak jauh dari jeti dan menambah kos-kos harian seperti kereta sewa utk keluar makan dan berjalan2. Namun terdapat homestay dan chalet yg sedikit jauh tetapi menarik untuk di sewa seperti 2win Hill dimana suasana atas bukit dan suasana kehijauan hutan memberikan double percutian kepada anda dan berbaloi utk menginap sedikit jauh.  

 

Day Trip TIMBA-TIMBA, MATAKING,POM-POM
2 person –  Rm480pp
3-4 person – Rm300pp
5-6 person – Rm200pp
7-12 person –  Rm100pp

 

Day Trip BOHEY DULANG, MANTABUAN, SIBUAN
2 person –  Rm480pp

3-4 person – Rm300pp
5-6 person – Rm200pp
7-12 person –  Rm100pp

 

1 Day Trip Timbun Mata
2 person –  Rm480pp

3-4 person – Rm300pp
5-6 person – Rm200pp
7-12 person –  Rm100pp

 

1 Day Trip Mabul 
2 person –  Rm480pp
3-4 person – Rm300pp
5-6 person – Rm200pp
7-12 person –  Rm100pp